Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Bahasa Inggeris: World Health Organisation, WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.WHO bertanggungjawab untuk Laporan Kesihatan Sedunia, Kajian Kesihatan Sedunia, dan Hari Kesihatan Sedunia. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom, juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan Habsyah dari tahun 2005 hingga 2012 dan sebagai Menteri Luar Ethiopia dari 2012 hingga 2016. Adhanom memulakan tempoh lima tahunnya pada 1 Julai 2017.[1]